6.0 PERHUBUNGAN BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT MINANGKABAU DAN KEBUDAYAAN MELAYU
6.1 Bahasa
Bahasa Minangkabau
atau dalam bahasa asal, Baso Minang adalah sebuah bahasa Austronesia yang
dituturkan oleh kaum Minangkabau di Sumatra Barat dan di barat Riau dan juga
oleh mereka yang telah merantau ke bandar-bandar lain di Indonesia.
Selain Sumatra
Barat dan barat Riau, bahasa Minangkabau juga dituturkan di Negeri Sembilan di
Malaysia. Leluhur penduduk Negeri Sembilan telah merantau dari Ranah (Alam) Minang
di Sumatra. Terdapat beberapa kontroversi mengenai hubungan bahasa Minangkabau
dengan bahasa Melayu disebabkan keserupaan dalam tatabahasa mereka. Ada
pendapat yang mengatakan ia sebenarnya adalah loghat bahasa Melayu dan yang
lain mengatakan ia adalah sebuah bahasa dan bukan sebuah dialek
Penggunaan bahasa
Indonesia berleluasa di kalangan masyarakat Minang, tetapi mereka masih boleh
bertutur dalam bahasa ibunda mereka, iaitu, bahasa Minangkabau. Bahasa
Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu tetapi berbeza
dari segi sebutan dan juga tatabahasa hingga menjadikannya unik.
6.2 Dialek
Bahasa Minangkabau
memiliki beberapa dialek yang ditutur berlainan di setiap kampung (seperti
contoh, kampung yang dipisahkan oleh sungai). Dalam komunikasi harian, bahasa
standard Minang yang digunakan adalah dari dialek kawasan Padang (Baso Padang
atau Baso Urang Awak).
Contoh
BIL
|
BAHASA MELAYU:
|
BAHASA MINANGKABAU:
|
1
|
Sedangkan pohon di rimba tidak sama tinggi, apa lagi manusia
|
Sadang kayu di rimbo tak samo tinggi, kok kunun manusia
|
2
|
Bagaimana katak berenang,begitulah pula dia
|
Co a koncek baranang co itu lo inyo
|
3
|
Tidak boleh membuang sampah di sini!
|
Indak buliah mambuang sarok di siko!
|
4
|
Apa yang kamu akan kerjakan?
|
A tu nan ka karajo ang?
|
5
|
Tidak boleh membuang sampah di sini!
|
Indak buliah mambuang sarok di siko!
|
|
|
|
Contoh Puisi Etnik Minangkabau

6.3 Syair dan Kitab
Sebagaimana telah
disebutkan bahawa kesenian bernuansa Islam Minangkabau tidak terlepas daripada
nyanyian yang menyampaikan pelbagai ajaran agama Islam di surau-surau. Syair
nyanyian itu utamanya berpedoman kepada Al Quran dan Sunah Rasul. Selain itu
juga terdapat kitab-kitab lainnya yang dipedomani pula sebagai rujukan untuk
menambah kayakinan bahawa “tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul
Allah.”
Fenomena kesenian
bernuansa Islam yang menarik dalam penyajian syair-syair keagamaan yang
dinyanyikan seperti pada dikia rebana, salawat dulang dan indang. Barzanji,
adalah sebuah tradisi pembacaan kitab sastra Arab Majmu’atul Mawaalid2
menceritakan latar belakang, kisah kelahiran, dan kemuliaan sifat Nabi Muhammad
s.a.w. Pembacaan kisah itu disampaikan secara bernyanyi dalam suasana ritual
Islami. Penganut tarekat Syattariyah pada umumnya tidak hanya menganggap
barzanji sebagai sebuah seni vokal Islami, tetapi juga memandangnya sebagai
sebuah ibadah yang berpahala mengamalkannya. Oleh karena nyanyian tersebut
berfungsi sebagai media beribadah, maka nyanyian barzanji dapat dikategorikan
sebagai sebuah nyanyian religius, kerana di dalam praktiknya tersimpul
spiritualitas Islami. Penyajian barzanji semulajadi adalah berupa persembahan
kitab sastra Majmu’atul Mawaalid tanpa diiringi oleh alat muzik.
Pencapaian
spiritualitas Islami dalam pembacaan kitab Maulid berbeza-beza kualitinya pada
setiap jenis lagu berzanji kerana masing-masing lagu memiliki karakter melodi
tersendiri. Spiritualiti yang dicapai seseorang penyaji berzanji pada setiap
lagu sangat ditentukan oleh garapan lagu dan binaan keadaan spiritual yang
muncul pada tata cara pelaksanaan dan penyajian berzanji dalam konteksnya.
Dengan demikian, dimensi spiritual dalam berzanji akan berhubungan dengan
masalah tata-cara pelaksanaan penyajian, dan garapan materi muzikal serta teks
berzanji (Hajizar, 2008).
Berzanji begitu
popular dalam masyarakat Islam Timur Tengah kerana seni sastra dapat mengisi
kekosongan seni suara yang menjadi salah satu warisan budaya dan pelengkap
tuntunan cita-cita manusia. Kepopularannya dapat dikesan daripada gubahan lagu
yang berbagai - bagai bagi membacanya. Ada lagu orang Hejaz, dan ada lagu orang
Mesir sehingga terciptalah beberapa lagu seperti Bayati, Husaini, Masri, Rasd,
Nahwan, dan Jaarkah. Hal ini menggambarkan bahawa perkembangan gaya suara
membaca Barzanji mengikut ahlinya dan daerahnya (tempatan) (Rukaini,1996: 3).
Selain itu,
sebagian masyarakat Islam di Malaysia juga memiliki tradisi pembacaan Barzanji
sebagaimana diungkapkan Rukaini (1996:4), berikut:
Membaca Barzanji
biasanya dimulai dengan membaca al-Fatihah beramai-ramai. Kemudian Barzanji
dibaca secara bergilir-gilir, seorang satu kisah yang ditandai dengan bacaan
beramai-ramai: ‘Attirillahumma . ...’ Apabila pembaca berhenti pada setiap
ayat, ahli majlis akan menyambutnya beramai-beramai dengan menyebut kalimah
‘Allah’ dan menyebut selawat apabila pembaca membaca nama ‘Muhammad.’ Ahli
majlis akan berdiri dan memulakan ‘marhaban’ apabila pembaca sampai pada kisah
keempat, pada ayat ‘yatala’la’usana.’ Marhaban biasanya dipimpin oleh seorang
atau dua orang dan ahli majlis hanya sebagai penyambut. Terdapat berbagai-bagai
lagu marhaban, sehingga ada juga yang menyesuaikan irama lagu Melayu atau Jawa
dengan irama marhaban.
Selari dengan
perkembangan masa, nyanyian berzanji lama kelamaan mengalami pengembangan
dengan menggunakan alat muzik rebana sebagai pengiring nyanyian. Muzik jenis
ini lebih dikenal di Minangkabau dengan istilah dikia rabano. Persembahannya
dikia rabano adalah berupa penyajian kitab Al- Barzanji yang terdiri daripada
beberapa bab dan fasal-fasalnya. Dalam persembahannya, teks berzanji yang
sering dinyanyikan adalah fasal amintaza, iaitu fasal-fasal Qasidah burdah yang
terdiri daripada 87 baris. Qasidah burdah ini merupakan nyanyian sunyi yang berisikan
sifat-sifat Nabi Muhammad S.A.W., perjuangan dalam mendakwah, ajaran-ajaran
yang disampaikan, dan sebagainya. Penyajian syair ini dilakukan oleh beberapa
orang secara bergantian dan sambung menyambung dalam bentuk “responsorial”
sambil memukul-mukul rebana. Dalam persembahan dikia rabano syair tersebut
hanya dinyanyikan sekitar delapan sampai sepuluh baris saja, sebab dalam
sajiannya syair tersebut tidak dibaca sebagaimana adanya, tetapi digarap dengan
menambah kata-kata dan kalimat lain seperti aeeii, Oooo, iiiii, Allah, maulai,
lailahaillallah. Penambahan tersebut dilakukan karena memenuhi keperluan melodi
dari lagu dikia rabano.
Berikut ini adalah bentuk teks Syaraful Anam Bab Qasidah Burdah
FasalAmin Taza.
|
Ertinya :
Percayalah memperingatkan tetangga dengan memberi salam
Telah kami campurkan air mata yang mengalir dari bijinya dengan
darah
Telah bertiup angin kedamaian dari perselisihan
Telah memancar kilat dalam kegelapan
Maka apa yang dimiliki matamu, jika kamu berkata sesuai dengan
keinginannya
Dan apa yang ada dihatimu, jika kamu berkata perteballah keyakinan
Adakah mengira pencurahan cint a yang terpendam
Diantara orang yang mencurahkan cintanya dan orang yang menyalakan
Kalau bukanlah karena hawa tidak akan kamu tumpahkan air mata di
puing
Dan kamu tidak tidur untuk mengingatkan perpohonan dan alam
Dalam persembahan
satu baris syair dinyanyikan dalam dua bahagian lagu oleh dua atau tiga orang
secara bergantian sambung menyambung dalam bentuk responsorial. Untuk memenuhi
keperluan melodi lagu, bentuk syair di atas ditambah dengan kata dan kalimat
serta pengulangan kalimat. Penambahan kata dan kalimat tersebut berupa ae….ooo,
eee.. ilalah, maulai, lailaha illallah.
Demikian juga pada
kesenian salawat dulang. Salawat dapat mengartikulasikan cinta seseorang muslim
kepada Rasulullah saw, dan kesiapannya untuk taat dan mengikutinya.
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berSalawat untuk nabi. Hai
orang-orang yang beriman, berSalawat kamu kepada nabi, dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadaNya (QS Al Ahlzab, [33]: 56). Selawat kepada Nabi berarti
pujian dan rahmat untuk beliau dihadapan malaikat. Sedangkan selawat para
malaikat adalah doa, berkah, dan ampunan.
Kemudian, kata
dulang analogi dengan “talam” alat bejana yang difungsikan sebagai instrumen
pengiring melodi nyanyian. Lagu salawat dulang terdiri daripada lima bahagian,
iaitu:
1) lagu imbauan
2) lagu khutbah
3) lagu batang
4) lagu ya Molai
5) lagu cancang.
Masing-masing lagu tersebut memiliki ciri-ciri tertentu dalam
penyampaian topik.
Aspek kebahasaan
kata imbauan sebagai simbol untuk lagu pertama persembahan salawat dulang.
Imbauan dalam konteks struktur salawat dulang memiliki dua makna simbolis:
1. Penyerahan diri pada
Yang Maha Kuasa untuk memulai aktivitas
2. Sebagai sebuah pemberitahuan,
bahawa salawat dulang siap untuk dimulai sekaligus ajakan kepada para penonton untuk menyaksikan sajian salawat
dulang.
Hal ini disebabkan imbauan merupakan pemula dari satu siklus
persembahan salawat dulang.
Syair lagu imbauan seperti berikut:
Oii aaaiii yooo
Oii yoo umat Nabi yoo
Oii aaaii
Oii Allah Allah yo Allah
Oii yo Junjuangan yo Junjuangan
Khutbah dalam
konteks salawat dulang analogi dengan khutbah dalam konteks shalat jum’at. Kata
‘khutbah’ dalam konteks salawat dulang ialah sajian tema dakwah Islamiah yang
meliputi kata-kata pujian terhadap sang pencipta, dan ajakan kepada penonton
agar dapat berbuat sesuai dengan ajaran Islam.
Setiap awal syair
khutbah selalu didahuli dengan kata-kata “Assalamualaikum atau wahai sudaro dan
wahai sahabat (wahai saudara/wahai sahabat). Diakhiri khutbah selalu pula pada
kata-kata “Yo, begitulah umpamo atau yo, bagitulah misal” ¯ ya begitulah
umpama.
Pada lagu batang
ini perlengkapan dulang mulai ditabuh mengiringi nyanyian syair. Kata batang
berkonotasi kepada ‘batang kayu (pohon utama kayu) yang menjadi penyangga
penting pada sebatang pohon kayu.” Jadi interpretant konsep keutuhan pohon kayu
dianalogikan pada bahagian/ lagu Salawat dulang. Makna bahawa pada sajian lagu
batang ini diberi muatan inti utama dakwah Islamiah yang menjadi misi penting
persembahan salawat dulang.
Pada bahagian awal
lagu ini selalu dimulai dengan syair Allah aii I Allah anallaha illallah ai nan
dek iyo Rabbi, dan leksianya adalah Allah lailaaha illallah ya Rabbi, dengan
silabel tambahan: ai, i, an, nan, dek. Sedangkan baris kedua adalah Iyo
Muhammad ini tu o wahai lai urang di Makah; dan leksianya adalah Muhammad itu
orang di Mekah, dengan silabel tambahan iyo, ni, o, wahai, dan lai.
Kemudian bahagian
lagu berikutnya adalah “yamolai,” merupakan kata-kata diakhir kalimat lagu
salawat dulang yang ditujukan pada nabi Muhammad SAW, karena berkat safaatnya
tukang salawat dulang dapat menyampaikan cerita yang bersumberkan perjalanan
hidupnya.Antara ayat yang terdapat pada lagu “yamolai” adalah:
Allah la ilallah odenan de ya la ilallah lah de Ya Maulai odenan yo
O Nabi Muhammad odenan de ya Rasulullah lah de Ya Maulai odenan yo
Manakala bahagian
lagu terakhir adalah lagu “cancang.” Istilah ini bererti memisahkan sesuatu
menjadi bagian-bagian kecil. Dalam salawat dulang pada bahagian lagu “cancang”
pemain “salawat” telah masuk pada isi yaitu pengajian tentang agama Islam dari
berbagai aspek secara mendetail, seperti menceritakan tentang nyawa, isyrak
mikraj, zikir dan sebagainya. Kemudian pada bahagian ini juga sudah
dikembangkan dengan memasukkan masalah terkini dengan lagu -lagu popular, seperti
lagu Melayu, dangdut, pop Minang, lagu-lagu India, china, dan sebagainya.
Demikian juga pada kesenian
indang. Syair yang disajikan pemain indang dalam bentuk prosa berirama umumnya
diambil dari kisah Nabi Muhammad yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa
Minangkabau. Selain itu ada juga syair tentang kisah para ulama mengembangkan Agama
Islam hingga sampai ke Pariaman dan berkembang lebih luas di Minangkabau, kisah
tentang nabi (Adam dan Muhammad), dan suasana Pariaman atau Minangkabau sebelum
masuknya agama Islam. Namun ada pula syair yang diambil dari cerita-cerita yang
terdapat dalam tambo Minangkabau yang kaya dengan unsur simbolik dan kiasan.
Berikut dipersembahkan bentuk syair tentang pewaris nabi.
Laa…iiiih iiiih, ipaaaaanggaanga angalah
Laaaa…hii iih, ilangaaanga ngalah
Iiilallaaaah….
Dimulai dengan bismillah,
Ditutup dengan alhamdulillah,
Tetap memuji kepada Allah,
Tetap memuji kepada Allah,
Jo hati suci muko nan jilah,
Salawaik dan salam ateh Muhammad,
Usul pilihan buliah rahmat,
Manarangkan jalan mano nan kalam,
Supayo umaik jangan tinggalam.
Allahu rabbi caro rang kini,
Para ulama pawarih nabi,
Manuruik caro tiok nagari,
Manarangkan agamo jalan ilahi,
Syair di atas baru
tahap pujian kepada Allah dan salawat kepadan Nabi Muhammad SAW. Demikian juga
sanjungan kepada ulama-ulama sebagai pewaris nabi menurut caranya masing-masing
dalam menerangkan agama jalan Ilahi Rabbi.
6.4 Karya Dan Penulisan
Hamka, dalam
novelnya Merantau ke Deli, bercerita tentang pengalaman hidup perantau Minang
yang pergi ke Deli dan berkahwin dengan perempuan Jawa. Novelnya yang lain
Tenggelamnya Kapal Van der Wijck juga bercerita tentang kisah anak perantau
Minang yang pulang kampung. Di kampung, ia menghadapi kendala oleh masyarakat
adat Minang yang merupakan induk bakonya sendiri. Selain novel karya Hamka,
novel karya Marah Roesli, Siti Nurbaya dan Salah Asuhannya Abdul Muis juga
menceritakan kisah perantau Minang. Dalam novel-novel tersebut, dikisahkan
mengenai persinggungan pemuda perantau Minang dengan adat budaya Barat. Novel
Negeri 5 Menara karya Ahmad Fuadi, mengisahkan perantau Minang yang belajar di
pesantren Jawa dan akhirnya menjadi orang yang berjaya. Dalam bentuk yang
berbeza, lewat karyanya yang berjudul Kemarau, A.A Navis mengajak masyarakat
Minang untuk membina kampung halamannya yang banyak di tinggal pergi merantau. Novel
yang bercerita tentang perantau Minang tersebut, biasanya mengandungi kritikan
sosial dari penulis kepada adat budaya Minang yang kolot dan tertinggal. Selain
dalam bentuk novel, kisah perantau Minang juga dikisahkan dalam filem Merantau
karya pengarah Inggeris, Gareth Evans.
6.5 Upacara Perayaan
Antara upacara perayaan yang dirayakan oleh etnik minangkabau
adalah:
- Turun mandi - upacara memberkati bayi
- Sunat rasul - upacara bersunat
- Baralek - upacara perkahwinan
- Batagak pangulu - upacara pelantikan penghulu. Upacara ini akan berlansung selama 7 hari di mana seluruh kaum kerabat dan ketua-ketua dari kampung yang lain akan dijemput
- Turun ka sawah - upacara kerja gotong-royong
- Manyabik - upacara menuai padi
- Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidilfitri
- Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidiladha
- Maanta pabukoan - menghantar makanan kepada ibu mentua sewaktu bulan Ramadan
- Tabuik - perayaan Islam di Pariaman
- Tanah Ta Sirah, perlantikan seorang Datuk (ketua puak) apabila Datuk yang sebelumnya meninggal dunia silang beberapa jam yang lalu (tidak payah didahului dengan upacara batagak pangulu)
- Mambangkik Batang Tarandam, perlantikan seorang Datuk apabila Datuk yang sebelumya telah meninggal 10 atau 50 tahun yang lalu (mengisi jawatan yang telah lama dikosongkan)
- Makanan
6.5 Dendeng Balado
Masyarakat
Minangkabau menyukai masakan pedas dan banyak menggunakan santan kelapa.
Contohnya, rendang dan dendeng balado. Rendang mempunyai falsafah tersendiri
bagi masyarakat Minangkabau iaitu musyawarah, mewakili empat bahan utamanya
iaitu daging lembu mewakili para pemimpin suku adat, kelapa mewakili kaum
intelektual, lada mewakili alim ulama yang tegas untuk mengajar hokum-hukum
agama dan pemasak mewakili keseluruhan masyarakat Minangkabau. Seterusnya,
dendeng balado pula merupakan hirisn tipis daging sapi yang dikeringkan lalu
digoreng sehingga kering.
7.0 KESENIAN ETNIK MINANGKABAU
7.1 Tarian randai
Randai merupakan
persembahan teater etnik Minangkabau yang menggabungkan seni muzik, tarian,
drama, nyanyian dan pencak silat. Randai biasanya dipersembahkan bagi upacara
tradisi dan perayaan, dan kisah panjang mungkin memakan masa beberapa malam.Ia
dipersembahkan sebagai teater dalam bulatan bagi mencapai persamaan dan
penyatuan antara penonton dan peserta.Persembahan Randai merupakan gabungan
tarian, seni bela diri, tarian rakyat, nyanyian, dan lakonan. Kisah disampaikan
melalui lakonan dan nyanyian dan kebanyakannya berasaskan lagenda Minangkabau
dan cerita rakyat.
Randai berasal awal
abad ke-20 hasil gabungan seni bela diri tempatan, penceritaan dan tradisi
persembahan lain. Lelaki biasanya memainkan peranan kedua-dua watak lelaki dan
perempuan dalam cerita, tetapi sejak 1960-an wanita juga turut serta.
7.2 Tarian piring
Di samping itu,
terdapat juga tarian piring sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat
Minangkabau. Tarian piring berasal daripada Sumatera Barat. Tarian ini
menggambarkan rasa kegembiraan dan syukurmasyarakat Minang ketika kedatangan
musim panas. Para muda-mudi akan mengayunkan gerak langkah dan menunjukkan
kebolehan mereka dengan memainkan piring yang ada di tangan mereka.
Kebiasaannya, di Malaysia tarian piring dipersembahkan di hadapan mempelai di
luar rumah ketika majlis perkahwinan terutamanya bagi keluarga berada,
bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung
7.3 Kraftangan
Kraftangan tradisional Minangkabau termasuk:





7.4 Alat Muzik
Saluang
Selain itu,
masyarakat Minangkabau juga memiliki alat muzik tradisional khas iaitu Saluang.
Alat muzik ini diperbuat daripada buluh nipis atau talang. Alat ini mempunyai
empt lubang dan panjangny lebih kurang 40-60 cm dan berdiameter di antara 3-4
cm. Saluang dimainkan seperti seruling di mana pemainnya perlu meniup dam
menarik nafas untuk mengalunkan muzik.
7.5 Seni Bina Rumah
Negeri Sembilan
mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat
Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas
daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan
tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi. Serambi dihiasi ukiran
kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga
diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang
boleh dilihat di dalam gambar.
Rumah ini dihiasi
ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar
Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak
bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang
berbeza.Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di
rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan
ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.
Rumah ibu bersifat
terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang.
Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur.
Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri
Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah
dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang
duduk dan bukannya berdiri.
7.6 Seni Tradisonal Minangkabau Yang Lain Adalah:
Saluang jo - Dendang, serunai
bambu dan nyanyian
Talempong - muzik bunyi gong
Tari Payung - menceritakan
kehidupan muda-mudi Minang yang selalu riang gembira
Tari Indang
Pidato - Adat juga dikenali sebagai Sambah Manyambah
(sembah-menyembah), upacara berpidato, dilakukan di setiap upacara-upacara
adat, seperti rangkaian acara pernikahan (baralek), upacara pengangkatan
pangulu (penghulu), dan lain-lain
Pancak - Permainan silat
untuk acara adat, lebih mengutamakan keindahan dan seni.
Silek atau Silat yang merupakan seni beladiri tradisional yang
memiliki 10 aliran utama.
7.7 Pakaian
Baju Kurung Teluk Belanga
Budaya Minangkabau
terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan.Sejarah asal usul kaum
Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15
iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya
berpakaian dari Sumatera Barat kekal dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga
kini. Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi
baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan
samping dan dihias pua dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk
Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan
yang berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang
emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari
Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera. Gambar menunjukkan si lelaki memakai
pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Bajunya berwarna hitam dihiasi
sulaman benang emas di leher dan lengan. Celana yang dipakainya pula berkaki
lebar, di samping kain tenun sutera dan destar atau saluak. Si gadis pula
memakai baju kurung bersulam benang emas bermotifkan buluh rebung, tekuk leher
bertekat dan penutup kepala tengkuluk.
8.0 KESIMPULAN
Di Malaysia pengertian “Melayu” mempunyai
implikasi keagamaan Islam sebab dalam Perlembagaan, orang Melayu ditakrifkan
sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan
mengamalkan cara hidup Melayu. Jika dilihat dari sudut yang lebih luas,
takrifan “Melayu” itu telah menjadikan suku bangsa Melayu sebagai satu “sistem
terbuka” bermaksud sesiapa sahaja dapat menjadi ahli suku bangsa Melayu asalkan
dia memenuhi keperluan-keperluan dalam takrifan itu. Ungkapan “masuk Melayu”
dapat menggambarkan konsep ini seperti suku bangsa lain yang memeluk agama
Islam. “Sistem terbuka” juga diterapkan di Sarawak terutama di kalangan kaum
bumiputera yang terdiri dari pelbagai suku bangsa dan agama. Apabila seseorang
dari suku bangsa lain memeluk agama Islam maka dia dikenal sebagai orang
Melayu. Di samping itu, di Sarawak terdapat suku-suku bangsa tertentu yang
dikenal sebagai suku bangsa Melayu kerana ahli-ahlinya menganut agama Islam. Di
Sarawak juga, suku bangsa Narom yang sebenarnya ahli dari subkeluarga Kenyah
dikenal sebagai orang Melayu sedangkan orang-orang Kenyah lainnya menganut
agama lain dan tidak dirujuk sebagai “Melayu”.
Berdasarkan
huraian dan perbincangan di atas itu, jelaslah kepada kita bahawa bahasa-bahasa
yang berkenaan mempunyai persamaan dan juga perbezaan antara satu sama lain.
Menurut ciri-ciri bahasanya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa bahasa-bahasa
tersebut dalam beberapa subkelompok. Ciri-ciri bahasa menunjukkan perkaitan
yang erat antara bahasa minangkabau dengan bahasa Melayu yang melebihi
perkaitan kedua-dua bahasa ini dengan bahasa-bahasa lainnya.