Saturday, 4 May 2013



PEMARKAHAN
1
TUGASAN 1

2
TUGASAN 2


JUMLAH












KAE3013
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK




TAJUK TUGASAN 1



Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan yang diterima sejak awal usia.

Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.




 
 










KUMPULAN :

EL-R03 (A122PJJ)


DISEDIAKAN OLEH :
NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
AZLAN BIN AHMAD
D20111049647
019-7317106

NAMA TUTOT E-LEARNING     -           ZARINA BT MOHAMAD
TARIKH SERAHAN                       -           3 MEI 2013



ISI KANDUNGAN

Bil
Perkara
Halaman
1.0

Pengenalan
3
2.0

Teori Jean Piaget
3

2.1
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
4
3.0

Teori Vygotsky
5

3.1
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
6
4.0

Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-Kanak Piaget Dan Vygotsky Terhadap Konsep Kreativiti
7
5.0

Teori Perkembangan Emosi Menurut Erikson
8
6.0

Teori Kecerdasan Pelbagai
10

6.1
Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak
12

6.2
Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan     Pelbagai

13
7.0

Aktiviti Main Dan Kanak-Kanak
14

7.1
Penilaian Semasa Kanak-Kanak Bermain
16
8.0

Penutup
23
9.0

Bibliografi
24













1.0       PENGENALAN

            Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

2.0       Teori Jean Piaget
HBPS4103_1_1



           


Rajah 1.1: Jean Piaget
Sumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif


            Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

            Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.
Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.

            Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:

1.         Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun
2.         Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun
3.         Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
4.         Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun

2.1       Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

            Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.
            Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.
3.0       Teori Vygotsky

HBPS4103_1_2








Rajah 1.2: Lev S. Vygotsky


            Lev S. Vygotsky (Rajah 1.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea utama Lev Vygotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam interaksi sosial kanak-kanak.

            Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.
           
            Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.

Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:

i.          Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh             ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan     yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap      pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
ii.         Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD)           iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai       melalui proses scaffolding.
iii.        Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa             untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
iv.        Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa,            media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.

3.1       Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

            Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.
Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.





4.0       PENDEKATAN TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PIAGET DAN    VYGOTSKY TERHADAP KONSEP KREATIVITI

            Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan pembelajaran melalui discovery learning. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing. Vygotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama. Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat kolaj, “sandplay” dan sebagainya.
            Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.
            Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.













5.0       TEORI PERKEMBANGAN EMOSI MENURUT ERIKSON






           
Rajah 1.3: Erik Erikson

            Erik Erikson (Rajah 1.3) ialah seorang ahli psikososial yang banyak menumpukan kajian kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Erikson mengatakan bahawa semua individu melalui lapan peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga dewasa. Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya. Jika krisis-krisis ini tidak ditangani dengan baik, seseorang individu akan mengalami kesukaran menangani krisis pada peringkat-peringkat yang berikutnya.

Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut:

a.         Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust)
            Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson merujuk kepada peringkat ini sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan sentuhan. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. Kanak-kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.
            Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa. Sebaliknya, jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai, ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan bayi dalam mengatasi kesulitan hidup dan kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa, tidak percaya dan ragu-ragu kepada semua orang disekelilingnya.

b.         Otonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame)
            Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada ketika kanak-kanak berumur 18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang disebut. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan menggunakan tandas. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui kemahiran mengawal pergerakan motor kasar. Kebolehan membezakan perlakuan yang betul dan salah juga turut berkembang. Keinginan memiliki kuasa dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut berkembang. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau merasakan dirinya kurang cekap. Sebaliknya, keyakinan kanak-kanak akan dapat dipupuk apabila dipuji.
            Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan kesalahan. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-kanak tidak merasa malu. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut dipuji. Cara ini akan membantu kanak-kanak mengenal dan membezakan jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan.
            Pada peringkat ini, jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada melakukan aktiviti, perasaan malu akan timbul. Rasa malu ini boleh membuatkan kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri, dan mengakibatkan wujud konsep kendiri yang rendah.

c.         Inisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt)
            Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini dipanggil peringkat bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui proses bermain. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang dewasa. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan memimpin.
            Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan jantina. Pada peringkat ini, jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa bersalah, mereka akan rasa kecewa, takut dan terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran kreativiti, bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi.
            Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah, beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Jelasnya, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanak-kanak gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

6.0       TEORI KECERDASAN PELBAGAI

            Howard Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan teori kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman terkenal dan berpengaruh dari Universiti Havard. Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada satu lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.
 









Rajah 1.4: Howard Garder



















                                   
Rajah 1.5: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner

            Gardner percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang bermakna dan kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat.
Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut:
i.          Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan             melalui pembelajaran dan pengajaran.
ii.         Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil kecerdasan        yang berbeza bagi setiap individu.
iii.        Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya     dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.
iv.        Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan dinyatakan           dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan         membangunkan kepelbagaian kecerdasannya.
v.         Latar belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan       mengembangkan pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis          kecerdasan.

Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik, sentiasa berubah,           kecerdasan antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya.

6.1       Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak

            Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:
a.         Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak          mudah mengalah.
b.         Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau     bidang yang diceburi.
c.         Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada       tahap kecemerlangan.
d.         Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
e.         Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan         toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.






6.2       Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan             Pelbagai

            Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.
i.          Membentuk Garisan
            Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-   jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak          serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual (lihat          Rajah 1.6).
ii.         Melakar bentuk atau rupa
            Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya.             Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih        kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai             rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan             yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan             hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
iii.        Membentuk
            Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis     bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan,   catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang      bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau     ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan            berkomputer 3 dimensi.
iv.        Jalinan
            Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat         menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi            kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang        dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan            jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya             dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan          yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak      antara dua objek.
v.         Warna
            Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.







Rajah 1.6: Contoh aktiviti membentuk garisan


7.0       AKTIVITI MAIN DAN KANAK-KANAK

Main dan Kanak-kanak
            Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses mereka berkembang. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.
            Dalam konteks pendidikan prasekolah, bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan berstruktur dalam memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
            Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar melalui bermain.
Friedrich Wilhelm Froebel (1782–1852) yang digelar ‘father of kindegarten’ telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir mengenai dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.
            Herbert Spencer (1973) dalam teori Surplus energy menyatakan main adalah penting bagi kanak-kanak untuk membuang lebih tenaga mereka. Semua manusia telah dibekalkan dengan tenaga dan sekiranya tenaga ini tidak digunakan ia harus dibuang dan cara yang menyeronokkan ialah melalui main.
            Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.
            Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan haram dalam dunia khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, disamping memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang tenang.
            Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Antaranya ialah Main Sosial (Social Play), Main Kognitif (Cognitive Play), dan Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play). Guru haruslah peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak di prasekolah secara menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial, bahasa, kreativiti dan emosi. Guru-guru prasekolah pada masa kini sedar nilai sesebuah permainan sebagai satu cara pembelajaran yang mampu merangsang minda dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah.

7.1       Penilaian Semasa Kanak-kanak Bermain

            Dari sudut psikologi terdapat 12 aspek perkembangan yang dapat dikenal pasti semasa memerhati kanak-kanak yang sedang bermain. Walau bagaimanapun hanya lima aspek perkembangan yang akan dibincangkan iaitu:

7.1.1    Aspek Perkembangan Kognitif
            Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak. Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main mempermudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur kognitif mereka.
            Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka.
            Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau sementara. Guru perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air. Antaranya ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai, mestilah berdekatan dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu.
            Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui permainan air seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan tentang konsep isi padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan pemanasan. Melalui Permainan air kanak-kanak boleh meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa main air yang boleh menggalakkan perkembangan kognitif ialah:
a.         Memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa bekas             berbeza saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik.
b.         Membanding dan membezakan serta membuat anggaran isi padu air.
c.         Menjalankan eksperimen seperti menyediakan larutan air daripada bahan-bahan      berbeza seperti garam, pasir, gula, batu, dan sebagainya.
d.         Melakukan penyelenggaraan pada akuarium yang mengandungi hidupan air.

            Bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep tenggelam dan timbul. Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-kanak. Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya. Menurut Piaget ( 1962 ), main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang.
            Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat meneroka kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan kognitif. Contohnya, bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan menggunakan bongkah pelbagai warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan mengumpul bongkah mengikut warna serta menamakan warna itu. Kanak-kanak memberikan bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki guru. Permainan diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.

7.1.2    Aspek Perkembangan Bahasa
            Melalui bermain juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Permainan yang melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti bermain bongkah, bermain pondok-pondok, main pasir dan main peranan.
Melalui aktiviti bermain bongkah, kanak-kanak bermain dengan bongkah yang pelbagai warna, saiz, dan bentuk. Mereka membuat binaan seperti rumah, jambatan, jalan raya, bangunan, kenderaan dan sebagainya. Semasa aktiviti ini berjalan guru menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi ketika bermain dengan bongkah. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui permainan ini juga kanak-kanak akan berbincang sesama sendiri mengenai bahan binaan mereka. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.
            Aktiviti main pondok-pondok juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu bermain pondok-pondok, kanak-kanak meniru perwatakan ahli keluarga seperti bapa, ibu, kakak, abang, dan adik. Mereka juga akan meniru perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti doktor, anggota polis, guru, peniaga dan sebagainya. Sewaktu bermain kanak-kanak akan berbual sesama mereka berdasarkan watak yang telah dipilih. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Selain aktiviti main bongkah dan main pondok-pondok, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.
            Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.
            Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan, mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti:

Malam yang sepi pi… pi
Pak Mat jual topi pi…pi
Topinya koyak yak…yak
Pak Mat jual tempoyak yak…yak
Tempoyaknya basi si…si
Pak Mat jual nasi si… si

7.1.3    Aspek Perkembangan Sosial
            Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.
            Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.
            Pelbagai aktiviti bermain boleh dilakukan di prasekolah dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak. Antaranya aktiviti bermain pasir. Permainan pasir boleh dijalankan di dalam dan di luar kelas. Ruang pasir haruslah berkeadaan teduh dan selesa untuk kanak-kanak bermain. Guru harus menyediakan pelbagai peralatan untuk memberi peluang kepada murid membuat penerokaan dan penemuan baru serta bersosialisasi dengan rakan-rakan. Semasa bermain pasir kanak-kanak akan berkongsi dan bergilir-gilir menggunakan peralatan bersama rakan-rakan, hormat-menghormati, menghargai sumber dan idea orang lain, dan bekerjasama sesama rakan.
            Selain itu, aktiviti bermain di taman permainan juga boleh menggalakkan kanak-kanak meningkatkan aspek perkembangan sosial di kalangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti bermain di taman permainan kanak-kanak perlu bergaul dengan semua rakan sebaya.  Di samping itu, mereka dilatih bersifat sabar dan mematuhi peraturan kerana perlu bergilir-gilir semasa bermain dengan alatan permainan yang terhad.  Secara tidak langsung kanak-kanak ini belajar untuk menghormati perasaan dan hak orang lain.
            Begitu juga aktiviti bermain pondok-pondok, bermain doh ataupun semasa bermain permainan dalaman seperti congkak, dam ular, ketingting dan sebagainya. Semasa bermain bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga. Memberi pendedahan sosial yang awal kepada kanak-kanak memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan.
            Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti main ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

7.1.4    Aspek Perkembangan Emosi
            Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia.
            Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.
            Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.
            Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.
            Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktiviti Komponen Kreativiti dan Estetika. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan mereka dalam pelbagai cara. Contohnya aktiviti seni visual dengan menggunakan warna air. Kebanyakan kanak-kanak suka bermain dengan warna air kerana pada mereka aktiviti ini mencabar kebolehan mereka. Aktiviti percikan dan tiupan warna air di atas kertas lukisan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kelihatan kanak-kanak seronok dan emosi kegembiraan terpancar di wajah mereka. Banyak lagi aktiviti seni visual yang boleh dijalankan di prasekolah dalam membentuk perkembangan emosi kanak-kanak.
Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

7.1.5    Aspek Perkembangan Fizikal
            Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan.
            Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen Perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Aspek perkembangan fizikal kanak-kanak dapat dikembangkan melalui empat aspek yang telah dinyatakan. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan untuk memupuk perkembangan fizikal kanak-kanak ialah:

7.1.6    Aspek Perkembangan Psikomotor Kasar
            Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Dengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.
            Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya melalui pengalaman yang diperolehi melalui permainan, pergerakan kreatif dan gimnastik.
            Misalnya, aktiviti bermain di padang permainan, aktiviti seperti memanjat dan menuruni gelongsor, bergayut pada ‘ monkey bar ’, bermain buaian dan sebagainya dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak.

7.1.7    Aspek Perkembangan Motor Halus
            Kemahiran motor halus ialah kemahiran yang melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti pergerakan jari serta koordinasi jari dan mata. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. Antara aktiviti dalam bentuk permainan yang boleh dijalankan bagi membantu perkembangan fizikal dalam aspek ini ialah seperti merantai manik, menjahit kad berlubang, menconteng kertas, melipat, mengoyak dan merenyuk kertas, menguli doh dan lain-lain lagi.
Salah satu aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak dalam membantu aspek perkembangan fizikal ialah bermain dengan doh. Sebelum kanak-kanak bermain dengan doh, guru hendaklah membimbing kanak-kanak membuat doh sendiri. Menyediakan doh sendiri memberi peluang kepada kanak-kanak merasa sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang mereka suka. Biarkan kanak-kanak menggaul dan menguli doh dengan tangan. Dengan cara ini, ia melatih pergerakan motor halus kanak-kanak. Proses mengadun, menggaul, meramas adalah baik untuk jari-jemari kanak-kanak dan ia juga adalah latihan awal bagi persediaan untuk menulis.

8.0       PENUTUP

            Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.  Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat.
            Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca.
Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti. Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
            Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.













9.0       BIBLIOGRAFI

Chapman, L.H. (1998). Approaches to Art in Education, New Work: Harcourt Brace        Jovanovich Inc.
Feldman, E. (1990).  Becoming Human through Art, New Jersey : Prentice Hall.
Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali, (2005), Teks LengkapPendidikan            Seni Visual , Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd
Open University Malaysia, (2007) HBAE 1203 Perkembangan Seni  Kanak-kanak, Selangor:        Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Raja Baharudin Raja Husain, (1999) Kursus Amali PMR Pendidikan Seni ,Selangor: Pan Asia Publications Sdn. Bhd.

http://cikguani.blogspot.com/2010/07/menilai-kanak-kanak-prasekolah.html



No comments:

Post a Comment